Iklim Geografi Korea Selatan


Jenis iklim Köppen Korea SelatanGambar satelit Semenanjung Korea pada 3 Januari 2010, sebelum rekod salji turun sejak 1937 di daerah Seoul

Sebagai sebahagian daripada wilayah Monsun Asia Timur, Korea Selatan mempunyai iklim sederhana dengan empat musim yang berbeza. Pergerakan jissim udara dari benua Asia memberikan pengaruh yang lebih besar terhadap cuaca Korea Selatan daripada pergerakan udara dari Lautan Pasifik. Musim sejuk biasanya panjang, sejuk, dan kering, sedangkan musim panasnya pendek, panas, dan lembap. Musim bunga dan musim luruh menyenangkan tetapi pendek. Suhu purata Seoul pada bulan Januari adalah −5 hingga .52.5 °C (23.0 hingga 27.5 °F); pada bulan Julai suhu purata adalah sekitar 22.5 hingga 25 °C (72.5 hingga 77.0 °F). Kerana lokasinya di selatan dan dikelilingi laut, Pulau Jeju mempunyai cuaca yang lebih panas dan lebih ringan daripada bahagian lain di Korea Selatan. Suhu purata di Jeju berkisar antara 2.5 °C (36.5 °F) pada Januari hingga 25 °C (77 °F) pada bulan Julai.

Pada umumnya negara ini mempunyai curahan hujan yang cukup untuk mempertahankan kelangsungan pertaniannya. Hujan yang kurang daripada 750 milimeter (29.5 in) jarang berlaku pada mana-mana tahun; sebahagian besarnya, hujan melebihi 1,000 milimeter (39,4 in). Walau bagaimanapun, jumlah kerpasan boleh berbeza-beza dari tahun ke tahun. Kekeringan yang teruk berlaku kira-kira sekali setiap lapan tahun, terutamanya di kawasan penghasil padi di bahagian barat daya negara itu. Kira-kira dua pertiga daripada kerpasan tahunan berlaku antara bulan Jun dan September.

Korea Selatan kurang terdedah kepada taufan berbanding Jepun, Taiwan, pantai timur China, atau Filipina. Satu hingga tiga taufan boleh dijangkakan setiap tahun. Taufan biasanya melalui Korea Selatan pada akhir musim panas, terutama pada bulan Ogos, dan membawa hujan lebat. Banjir kadang-kadang menyebabkan kerosakan yang besar, begitu juga dengan tanah runtuh, memandangkan kawasan tanah yang umumnya berbukit di negara ini.

Pada bulan September 1984, banjir telah menyebabkan kematian 190 orang dan menyebabkan 200,000 orang kehilangan tempat tinggal. Bencana ini mendorong pemerintah Korea Utara untuk membuat tawaran bantuan kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam bentuk beras, ubat-ubatan, pakaian, dan bahan binaan. Korea Selatan menerima barang-barang ini dan menyebarkannya kepada mangsa banjir.[5]

Secara grafik, musimnya dapat ditunjukkan dengan cara ini:

BulanDisJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNov
HujanKering/bersaljiHujan
SuhuSejukPanasNyaman
MusimSejuk/keringPanas/keringHujan
Data iklim untuk South Korea
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °C (°F)23.6
(74.5)
24.5
(76.1)
28.2
(82.8)
33.7
(92.7)
37.4
(99.3)
38.0
(100.4)
39.9
(103.8)
41.0
(105.8)
37.5
(99.5)
32.1
(89.8)
28.0
(82.4)
23.3
(73.9)
41
(105.8)
Rekod terendah °C (°F)-32.6
(-26.7)
-27.9
(-18.2)
-23.0
(-9.4)
-14.6
(5.7)
-4.7
(23.5)
-1.7
(28.9)
4.4
(39.9)
3.3
(37.9)
-2.3
(27.9)
-9.9
(14.2)
-18.7
(-1.7)
-26.8
(-16.2)
Sumber: [6]
BulanSuhuTarikhLokasi
Januari23.6 °C (74.5 °F)7 Januari 2020Bandar Jeju, Wilayah Jeju
Februari24.5 °C (76.1 °F)21 Februari 2004Bandar Jeju, Wilayah Jeju
Mac28.2 °C (82.8 °F)9 Mac 2013Jeonju, Wilayah Jeolla Utara
April33.7 °C (92.7 °F)28 April 2005Uljin, Gyeongsang Utara
Mei37.4 °C (99.3 °F)31 Mei 2014Bandar Daegu, Wilayah Daegu
Jun38.0 °C (100.4 °F)26 Jun 1958Bandar Daegu, Wilayah Daegu
Julai39.9 °C (103.8 °F)27 Julai 2018Uiseong, Gyeongsang Utara
Ogos41.0 °C (105.8 °F)1 Ogos 2018Hongcheon, Wilayah Gangwon
September37.5 °C (99.5 °F)1 September 1944Bandar Daegu, Wilayah Daegu
Okober32.1 °C (89.8 °F)1 Okober 1977

1 Okober 1999

Mokpo, Wilayah Jeolla Selatan

Bandar Jeju, Wilayah Jeju

November28.0 °C (82.4 °F)8 November 1920

2 November 2010

Jeonju, Wilayah Jeolla Utara

Seogwipo, Wilayah Jeju

Disember23.3 °C (73.9 °F)3 Disember 2018Bandar Jeju, Wilayah Jeju
BulanSuhuTarikhLokasi
Januari−32.6 °C (−26.7 °F)5 Januari 1981Kaunti Yangpyeong, Wilayah Gyeonggi
Februari−27.9 °C (−18.2 °F)6 Februari 1969Chun Cheon, Wilayah Gangwon
Mac−23.0 °C (−9.4 °F)8 Mac 1983Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
April−14.6 °C (5.7 °F)2 April 1972Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
Mei−4.7 °C (23.5 °F)16 Mei 1977Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
Jun−1.7 °C (28.9 °F)1 Jun 2010Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
Julai4.4 °C (39.9 °F)5 Julai 1976Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
Ogos3.3 °C (37.9 °F)27 Ogos 1977Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
September−2.3 °C (27.9 °F)23 September 1980Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
Okober−9.9 °C (14.2 °F)25 Okober 1982Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
November−18.7 °C (−1.7 °F)22 November 1973Daegwallyeong, Wilayah Pyeongchang
Disember−26.8 °C (−16.2 °F)24 Disember 1973Wonju, Wilayah Gangwon